RM34.27 juta diperuntuk bagi projek tebatan banjir Selangor

Belanjawan Selangor 2025: RM34.27 juta diperuntuk bagi projek tebatan banjir

Tebatan banjir
AMIRUDIN Shari membentang Belanjawan Selangor 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor mencadangkan perbelanjaan sebanyak RM34.27 juta dalam belanjawannya untuk 2025 bagi pembangunan projek tebatan banjir melibatkan lebih lima lembangan sungai di seluruh negeri.

Peruntukan tersebut adalah bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek berkenaan di lembangan-lembangan sungai terlibat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua projek tebatan banjir perlu dilaksanakan segera terutama di Lembangan Sungai Klang berikutan pembangunan pesat di sepanjang jajarannya.

“Pembangunan itu mengakibatkan jumlah air larian yang sangat tinggi menyebabkan kejadian banjir kilat ataupun banjir monsun.

“Selain itu, projek tebatan banjir itu akan dilaksanakan secara sinergi bersama projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi mencapai keberkesanan lebih menyeluruh dalam menangani isu banjir di seluruh negeri ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 yang bertemakan Selangor Dinamik: Cita Sempurna Malaysia Madani, hari ini.

Bagi projek tersebut lembangan sungai terlibat adalah Sungai Klang (RM18.7 juta), Sungai Langat (RM9.3 juta), Sungai Selangor (RM3.2 juta), Sungai Buloh (RM1 juta) dan lain-lain termasuk Sungai Bernam serta Sungai Kapar Besar (RM1.2 juta).

Dalam belanjawan tersebut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua memperuntukkan perbekalan Selangor bagi 2025 sebanyak RM3 bilion meningkat 15.6 peratus berbanding belanjawan tahun lalu sebanyak RM2.53 bilion.

Dalam belanjawan tersebut, perbelanjaan mengurus meningkat sebanyak RM1.7 bilion atau 56.7 peratus berbanding RM1.33 bilion atau 52.6 peratus pada tahun lalu yang melibatkan bayaran emolumen kepada kakitangan awam berjumlah RM613 juta, sementara pembangunan pula sebanyak RM1.3 bilion.

Dalam pada itu, Amirudin turut mencadangkan peruntukan RM10.57 juta bagi pembangunan sistem saliran sebanyak RM2.07 bilion dan Lembangan Sungai, RM8.5 juta.

“Bagi pembangunan sistem saliran, RM2.07 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor untuk menambah baik sistem saliran sedia ada di kawasan dikenal pasti bagi memastikan kemampuan menampung limpahan hujan yang tinggi.

“Selain itu, Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dicadangkan bagi proses penyelarasan dalam pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber air, tanah dan yang berkaitan merentasi semua sektor dalam sesebuah lembangan sungai,” jelasnya.

Katanya lagi, peruntukan tersebut turut diberikan kepada JPS Selangor bagi menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam pengurusan sungai secara bersepadu dalam memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna selain keperluan pemeliharaan kuantiti dan sumber air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya