Belanjawan Selangor 2025: Amirudin umum BKK dua bulan gaji

Belanjawan Selangor 2025: Amirudin umum bantuan khas dua bulan gaji

Bantuan khas
AMIRUDIN Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) tambahan sebanyak dua bulan kepada kakitangan awamnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan tersebut akan dibayar pada 30 Disember ini dan 25 Mac depan sempena Hari Raya Aidilfitri tahu hadapan.

Bantuan khas itu adalah tambahan kepada BKK yang diterima sebelum ini pada Februari dan Mei lalu iaitu sebagai persediaan pembukaan persekolahan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pada tahun ini, kita telahpun mencapai beberapa rekod boleh kita bangga tanpa mengira haluan politik. Untuk keseluruhan tahun 2023, Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 billion, iaitu sebanyak RM406.1 billion.

“Tambahan kepada itu, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid19. Kedudukan kewangan negeri turut meningkat sebanyak RM751 juta kepada RM4.36 billion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ke-15, hari ini.

Katanya lagi, kesemua itu adalah hasil tekad, usaha, dan komitmen seluruh pasukan, ketua-ketua jabatan termasuk di kesemua 9 daerah merangkumi 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya