Bekas tentera dipenjara enam bulan cederakan isteri

Bekas tentera dipenjara enam bulan cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang bekas tentera dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya dalam kejadian di Felda Lui Selatan, September lalu.

Tertuduh, Zainal Ibrahim, 64, menukar pengakuan daripada tidak bersalah pada 20 September lalu kepada bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Majistret bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib yang memohon satu hukuman pemenjaraan setimpal memandangkan undang-undang diwujudkan bagi mengatasi masalah keganasan domestik membabitkan ahli keluarga.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas isterinya berusia 36 tahun kira-kira pukul 2 petang di ruang tamu di sebuah rumah di Felda Lui Selatan di Jempol, 16 September lalu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan turut dibacakan bersama di bawah Seksyen 326(a) akta yang sama yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah memukul leher, bahu beberapa kali dan memijak dada mangsa.

Terdahulu, tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), P. Barath memohon bon berkelakuan baik kerana tertuduh telah berkhidmat untuk negara dan meminta maaf dengan isteri serta ingin berbaik semula.

“Orang kena tuduh (OKT) tidak mahu memecahkan institusi kekeluargaannya dan masih menyintai isteri serta keluarganya. OKT mempunyai tanggungan isteri dan anak termasuk berusia 10 bulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya