PETALING JAYA: Bekalan insulin kepada pesakit kencing manis di fasiliti kesihatan awam terutama di beberapa negeri didakwa kritikal sehingga agihan kepada pesakit terpaksa dicatu. Perkara tersebut didakwa berlarutan sejak Ogos lalu dan keadaan itu belum pulih apabila timbul rungutan dalam kalangan pesakit yang jika sebelum ini mereka dibekalkan dengan empat unit insulin untuk tempoh sebulan namun ketika ini hanya dua unit untuk tempoh seminggu. Masalah kekurangan bekalan insulin banyak didakwa dialami di fasiliti kerajaan terutamanya di negeri-negeri Lembah Klang seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan di kawasan Pantai Timur di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya