Bayaran tanpa tunai di 21 pasar tani

Bayaran tanpa tunai di 21 pasar tani

SAIFUL Sadri (kanan) bertemu sebahagian 20 peniaga pasar tani pada Majlis Penyampaian HadiaH Program Go Cashless@Pasar Tani Daerah Kuantan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Semua 21 pasar tani mingguan dan lima pasar tani kekal di negeri ini akan melaksanakan konsep pembayaran tanpa tunai yang dijalankan secara berperingkat bermula Januari lalu.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang, Saiful Sadri berkata, peralihan kepada transaksi urus niaga tanpa tunai menjimatkan masa, lebih selamat dan seiring peredaran masa kini.

“Pelanggan boleh membuat bayaran secara dalam talian menggunakan aplikasi kod QR disediakan setiap peniaga.

“Kaedah ini kian menjadi pilihan kerana ia lebih mudah, cepat serta lebih selamat.

“Peniaga juga dapat menyemak rekod yang tepat dan mudah diakses untuk pengurusan kewangan dan pelaporan walaupun peniaga tidak dapat melihat wang secara tunai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Program Go Cashless@Pasar Tani Daerah Kuantan di sini semalam.

Fama berharap ramai lagi peniaga di pasar tani mingguan mahupun pasar tani kekal akan beralih kepada transaksi perniagaan tanpa tunai.

Kata Saiful, Fama menyediakan pelbagai kemudahan kepada peniaga yang menggunakan urus niaga pembayaran tanpa tunai sebagai galakan untuk mereka mempraktikkan kaedah berkenaan.

“Kini terdapat lebih 1,200 peniaga menjalankan perniagaan di 21 pasar tani mingguan termasuk lima pasar tani kekal di Felda Chini dan Bandar Pekan, Jengka, Bandar Jerantut dan Bera.

“Dua pasar tani kekal di Kuala Lipis dan Cameron Highlands apabila siap sepenuhnya nanti, menjadikan tujuh pasar tani kekal di Pahang dan dijangka lebih ramai pengguna akan berkunjung ke pasar tani yang menawarkan harga berpatutan dan segar,” katanya.

Pertambahan jumlah pasar tani mingguan di negeri itu, akan dilakukan sekiranya ada permintaan daripada masyarakat setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya