Barang kemas 3kg dilarikan enam lelaki bertopeng - Utusan Malaysia

Barang kemas 3kg dilarikan enam lelaki bertopeng

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan milik pemilik premis yang kehilangan beg berisi tiga kilogram barang kemas dalam kejadian samun di Jalan Bendahara, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu beg berisi barang kemas seberat tiga kilogram dilarikan enam lelaki bertopeng dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang menaiki dua buah kereta itu turut bersenjatakan pisau dan parang.

Kejadian sekitar pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika pemilik premis iaitu seorang lelaki berusia 50-an mahu menghantar barang kemas kepada pelanggan.

Menurut lelaki itu, dua buah kereta dinaiki suspek telah menghalang kenderaannya sebelum merampas beg berisi barang kemas.

“Kejadian berlaku begitu pantas ketika saya mahu meletakkan beg berisi emas di dalam bonet.

“Sebuah kereta kemudiannya telah melanggar bahagian belakang kenderaan saya. Mujur saya sempat mengelak dan hanya cedera ringan di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pasukan siasatan sedang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya