Banjir: Solat Jumaat ganti Zuhur kurang jemaah - Utusan Malaysia

Banjir: Solat Jumaat ganti Zuhur kurang jemaah

PENDUDUK mengharungi banjir untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tanah Lot, Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Penduduk di Kampung Tanah Lot, Bukit Tadok, di sini, terpaksa menggantikan solat Jumaat kepada solat Zuhur berikutan kekurangan jemaah berikutan banjir melanda sekitar kampung tersebut, hari ini.

Kira-kira 30 orang penduduk di kampung itu menaiki sampan dan berpayung meredah banjir sedalam 0.5 meter untuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut

Bilal masjid itu, Mohd. Zulkifli Harun, berkata, solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan dan diganti solat Zuhur kerana kekurangan jemaah.

Menurutnya, jemaah masjid tersebut turut melibatkan penduduk di Paloh Nyior dan Pelam.

“Disebabkan jalan ditenggelami air akibat banjir, penduduk di Kampung Paloh Nyior dan Pelam tidak dapat datang ke masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat.

“Pada hari ini, hanya jemaah dari kampung (Kampung Tanah Lot Bukit Tadok) sahaja, itu pun ramai yang tidak dapat hadir kerana paras air di kawasan kediaman mereka tinggi,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Zulkifli memberitahu, kampung berkenaan setiap tahun ditenggelami banjir menyebabkan fenomena itu sinonim buat penduduk.

“Tahun ini sudah dua kali kampung ini dinaiki air tetapi penduduk tidak perlu berpindah kerana paras air tidak tinggi.

“Tetapi banjir ketiga ini, penduduk terpaksa berpindah ekoran hujan lebat dan limpahan air sungai menyebabkan air naik dengan cepat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya