Banjir: Marang dijangka terjejas teruk hari ini

Banjir: Marang dijangka terjejas teruk hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPSM) mengeluarkan amaran beberapa kawasan di daerah Marang, Terengganu dijangka dilanda banjir besar.

Menurut kenyataan JPSM, hujan berterusan bermula Selasa lalu berisiko menyebabkan banjir di kawasan rendah.

“Susulan amaran hujan berterusan peringkat buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bertarikh 21 November 2024, air sungai yang diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya. 

“Lokasi di Terengganu dijangka banjir ialah kawasan-kawasan penduduk  berdekatan  dalam linkungan lima kilometer di sekitar Sungai Marang,” katanya.

Kawasan-kawasan dijangka terbabit banjir ialah Kampung Alur Wan Syed, Kampung Teratak Batu, Kampung Nangka, Kampung Rusila. Kampung Paya, Kampung Kijing, Kampung Rhu Rendang, Taman Kalongan Mas, Kampung Medan Jaya, Kampung Kubu, Kampung Rhu Renggeh, Kampung Gong Balai, Kampung Peng Berangan, Kampung Rhu Dua, Kampung  Rhu Muda, Kampung Kelulut, Kampung Gong Mawang, Kampung  Lubuk Pandan, Kampung  Seberang Marang dan Kampung Temala.

Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN