Banjir lebih buruk banding 2014, aset penguat kuasa digerak ke Kelantan

Banjir lebih buruk banding 2014, aset penguat kuasa digerak ke Kelantan

AHMAD Zahid Hamidi (kiri) semasa turun padang menyantuni mangsa banjir di PPS SK Tapang, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan menggerakan  8,000 anggota pasukan keselamatan untuk membantu penduduk Kelantan yang terjejas dengan banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua pegawai dan anggota termasuk aset telah diatur gerak sejak lapan hari lalu.

“Antara aset  milik Angkatan Tentera (ATM) yang telah digerakan ialah trak dengan berat tanpa muatan (BTM) 3 tan dan 5 tan bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa banjir.

“Ketika ini, kita juga sedang mengatur gerak trak bermuatan  BTM 7 tan untuk melaksanakan operasi sepanjang musim banjir,” katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat itu berkata, selain itu aset-aset lain yang dikendalikan oleh polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan turut digerakan bagi membantu melancarkan operasi menyelamat.

Katanya, selain itu Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) turut menawarkan khidmat mereka membantu penduduk di kawasan pedalaman yang sukar untuk berpindah.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengakui situasi banjir yang sedang melanda Kelatan ketika ini lebih teruk berbanding 2014.

Katanya, pada banjir kali ini kira-kira 67,000 penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke 240 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 10 jajahan iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Machang dan Gua Musang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya