Banjir: Lebih 22,000 dipindahkan malam ini

Banjir: Lebih 22,000 dipindahkan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 22,290 mangsa dipindahkan akibat banjir yang melanda lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Perlis dan Johor, setakat malam ini.

Mangsa yang terdiri daripada 6,734 keluarga itu kini ditempatkan di 212 PPS yang diaktifkan sejak semalam.

Setakat pukul 8 malam ini, banjir di Kelantan terus memburuk apabila seramai 19,711 mangsa terdiri daripada 5,870 keluarga berpindah ke 122 PPS.

Berdasarkan laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 17 PPS dibuka di Kota Bahru, Pasir Mas (32), Tumpat (4), Bachok (6), Tanah Merah (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (18), Machang (10) dan Jeli (4).

Di Terengganu, sebanyak 88 PPS dibuka di enam daerah bagi menempatkan 2,332 mangsa membabitkan 738 keluarga setakat ini.

Antara daerah terjejas adalah Besut membabitkan 44 PPS, Setiu (16); Marang (2), Hulu Terengganu (19); Dungun (2) dan Kemaman (5).

Sebanyak 11 sekolah di tiga daerah di Terengganu terpaksa ditutup dan diberi cuti bencana hari ini setelah dinaiki air akibat banjir yang semakin buruk awal pagi tadi.

Antara yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bukit Puteri, SK Alor Keladi, SK Pusat Jerteh, SMK Pelagat, SK Apal, SK Seri Payung dan SK Padang Landak.

Di Setiu pula, dua sekolah yang ditutup ialah SK Chalok dan SK Kampung Besut manakala di Hulu Terengganu, SK Lubuk Periuk.

Di Perlis, dua PPS di daerah Padang Besar menempatkan 39 mangsa daripada 10 keluarga susulan kediaman dilanda banjir.

Di Kedah, sebanyak satu PPS dibuka di daerah Padang Terap bagi menempatkan 32 mangsa daripada sembilan keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air.

Di Perak, satu PPS dibuka di daerah Kerian untuk menempatkan 20 mangsa membabitkan tujuh keluarga selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir.

Terakhir di Johor, terdapat satu PPS dibuka di Segamat bagi menempatkan 28 mangsa membabitkan lapan keluarga namun tiada maklumat lanjut diperoleh daripada laman sesawang tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya