Banjir kali ini dijangka lebih teruk berbanding 2014 - Ahmad Zahid

Banjir kali ini dijangka lebih teruk berbanding 2014 – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Kecemasan Bencana Banjir di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Kerajaan meramalkan bencana banjir kali ini terutama di negeri-negeri Pantai Timur dijangka lebih teruk berbanding ‘bah kuning’ pada tahun 2014.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan fokus dan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, pihaknya akan mengikut nasihat dan pandangan daripada METMalaysia dalam perkara ini.

“Kita merasakan bahawa situasi yang akan berlaku berdasarkan kepada fokus dan METMalaysia
merasa lebih positif sebenarnya dalam perkara ini.

“Tetapi kita tak ambil kesempatan dalam perkara ini untuk kesiapan kita,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan telah bersedia lebih awal dan melakukan siap siaga termasuk mengaktifkan sistem amaran awal oleh METMalaysia.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan memastikan semua pasukan keselamatan lebih bersedia kali ini bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Pantai Timur minggu depan turut memburukkan situasi banjir apabila air sungai tidak dapat keluar ke laut.

“Walaupun pada peringkat awal ini di Pahang dan Johor belum terjejas, tetapi kita jangkakan di awal Disember, Pahang dan Johor akan terjejas yang mana akan menerima luruan hujan.

“Air sungai juga akan melimpah daripada Tengganu ke Pahang dan sungai daripada Pahang juga akan melimpah ke Johor,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memantau bencana dan situasi semasa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, katanya, setakat ini, seramai 82,000 anggota keselamatan pelbagai agensi telah dikerahkan ke negeri-negeri dilanda banjir termasuk 5,107 aset darat, air dan udara.

“Selain itu, sebanyak 30,260 jaket penyelamat turut tersedia bagi kegunaan penyelamatan mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya