Banjir di Kelantan terburuk dalam sejarah - Polis

Banjir di Kelantan terburuk dalam sejarah – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis Kelantan menyifatkan banjir di negeri  ini sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas lebih 87,000 mangsa telah berlindung di 287 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ketika ini Pasir Mas dan Tumpat merupakan dua daerah yang paling teruk terkesan dengan musibah berkenaan.

“Ini baru pusingan pertama dan mangsa banjir yang berlindung di PPS sangat ramai. Mangsa mula dipindahkan sejak Isnin lalu, hari ini sudah Sabtu.

“Bagi saya banjir terburuk setakat ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Balai Polis Repek di sini hari ini.

Menurut beliau, polis Kelantan  bersedia untuk berdepan dengan banjir lebih buruk selepas beberapa kawasan bandar Kota Bharu muda dilimpahi air Sungai Kelantan.

Katanya, polis sudah bersiap sedia untuk terus memindahkan mangsa banjir  ke PPS. 

“Air mula melimpah masuk ke bandar ini sejak pukul 12 tengah malam tadi.

“Limpahan ini berlaku kerana air pasang di tempat lain yang kemudian bertembung dengan air Sungai Kelantan,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya