Banjir: Cuti menteri, timbalan menteri dibeku, kena turun padang

Banjir: Cuti menteri, timbalan menteri dibeku, PM arah turun padang

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan rakyat ketika makan tengah hari di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan cuti semua anggota Kabinet dalam kalangan Menteri dan Timbalan Menteri dibekukan susulan situasi banjir buruk yang berlaku ketika ini di enam negeri.

Perdana Menteri turut mengarahkan semua Jemaah Menteri untuk turun padang dan meneruskan tugas mengikut portfolio masing-masing dam membantu rakyat yang terkesan akibat bencana itu yang dijangka berlaku lebih teruk kali ini dalam tempoh 10 tahun.

“Semua Menteri minta terus tugas, (saya mengarahkan mereka) turun (turun padang).

“Ya, cuti (Menteri dan Timbalan Menteri) akan beku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama komuniti di Surau Pudina, Presint 17 dan makan tengah hari di Taman Warisan Pertanian, di sini hari ini.

Semalam, Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan bersama enam kerajaan negeri yang terjejas akibat banjir akan memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk terjamin sepanjang menghadapi Monsun Timur Laut ketika ini.

Enam negeri yang terjejas ketika ini ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

Banjir kali ini dijangka berlaku lebih teruk kali ini dalam tempoh 10 tahun di enam negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur berbanding ‘bah kuning’ pada tahun 2014 berdasarkan fokus dan ramalan dikeluarkan Jabatan Me­teorologi (MetMalaysia).

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Pantai Timur minggu depan turut memburukkan si­tuasi banjir apabila air sungai tidak dapat keluar ke laut.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, pihaknya akan mengikut nasihat dan pandangan daripada METMalaysia dalam perkara ini.

Kerajaan juga sudah bersedia lebih awal dan melakukan siap siaga termasuk mengaktifkan sistem amaran awal oleh METMalaysia selain memastikan semua pasukan keselamatan lebih bersedia kali ini bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memantau bencana dan situasi semasa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Katanya, setakat ini, seramai 82,000 anggota keselamatan pelbagai agensi telah dikerahkan ke negeri-negeri dilanda banjir termasuk 5,107 aset darat, air dan udara.

Selain itu, sebanyak 30,260 jaket penyelamat turut tersedia bagi kegunaan penyelamatan mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya