Banjir: Agrobank, Bank Islam henti sementara operasi beberapa cawangan di Kelantan

Banjir: Agrobank, Bank Islam henti sementara operasi beberapa cawangan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Agrobank menutup sementara operasi beberapa cawangannya di Kelantan susulan banjir yang sedang melanda ketika ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Agrobank memaklumkan cawangannya yang terjejas meliputi Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kios Rantau Panjang.

“Untuk mendapatkan maklumat berkaitan cawangan-cawangan yang terkesan dan cawangan sokongan berdekatan, sila ikuti perkembangan terkini melalui platform media sosial rasmi Agrobank dari semasa ke semasa,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, BIMB turut mengeluarkan notis penutupan sementara operasi enam cawangannya hingga tarikh yang akan dimaklumkan membabitkan Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Pasir Tumboh, Pasir Mas dan Wakaf Bharu.

Bagaimanapun, pelanggan BIMB boleh mengunjungi cawangan sokongan berhampiran untuk mendapatkan khidmat perbankan di Kubang Kerian, Kota Bharu, Tanah Merah, Bandar Baru Tunjong, Padang Garong dan Gua Musang.

“Sebagai alternatif, pelanggan digalak menggunakan platform perbankan internet BIMB, aplikasi mudah alih GO by Bank Islam atau BIMB Mobile dan mengunjungi cawangan layan diri berhampiran untuk urusan perbankan.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat panggilan kami melalui talian 03-26900900,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya