Banjir: 50,000 mangsa banjir di enam negeri berpindah 

Banjir: 50,000 mangsa banjir di enam negeri berpindah 

ANGGOTA bomba membantu seorang wanita dan anaknya keluar ke jalan utama di Kampung Padang Landak, Jerteh, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seramai 45,540 mangsa banjir membabitkan 13,864 keluarga kini ditempatkan di 381 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri.

Setakat pukul 1 tengah hari tadi, data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan, Kelantan merekodkan jumlah paling ramai dengan 36,975 mangsa di 10 daerah.

Jumlah itu membabitkan 11,149 keluarga yang berlindung di 181 PPS setakat ini.

Terengganu pula mencatatkan seramai 7,472 mangsa daripada 2,317 keluarga di 181 PPS, diikuti Kedah dengan 824 mangsa di 13 PPS, Perlis (221 mangsa, tiga PPS), Johor (28 mangsa, satu PPS) dan Perak (20 mangsa, satu PPS).

Statistik JKM juga menunjukkan, lelaki dewasa yang dipindahkan adalah seramai 14,949 orang, wanita (16,093), kanak-kanak lelaki (6,781), kanak-kanak perempuan (6,467), bayi lelaki (656) dan bayi perempuan (594).- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya