Banjir: 11 sekolah di tiga daerah di Terengganu ditutup

Banjir: 11 sekolah di tiga daerah di Terengganu ditutup

KEADAAN SK Bukit Puteri yang dinaiki air dalam kejadian banjir di Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 11 sekolah di tiga daerah di Terengganu terpaksa ditutup dan diberi cuti bencana hari ini setelah dinaiki air akibat banjir yang semakin buruk awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, daripada jumlah itu, lapan sekolah di daerah Besut, dua di daerah Setiu dan satu di Hulu Terengganu.

Menurutnya, sekolah terjejas di Besut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bukit Puteri dan SK Alor Keladi.

“Selain itu ialah SK Pusat Jerteh, SMK Pelagat, SK Apal, SK Seri Payung dan SK Padang Landak. Di Setiu pula, dua sekolah yang ditutup ialah SK Chalok dan SK Kampung Besut manakala di Hulu Terengganu ialah SK Lubuk Periuk,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketika ini, banjir melanda empat daerah di Terengganu iaitu Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu dengan 795 mangsa berada di 21 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jelani memberitahu, kesemua 11 sekolah itu tidak dapat beroperasi seperti biasa hari ini kerana ada kawasan sekolah ditenggelami air dan ada laluan ke sekolah terputus.

“Cuti bencana tidak perlu diganti dan kita berharap ibu bapa dapat menjaga keselamatan anak-anak mereka sepanjang banjir melanda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya