Balik berhibur di Thailand, Polis Kelantan buat ujian saringan

Balik berhibur di Thailand, Polis Kelantan buat ujian saringan

UJIAN saringan air kencing secara mengejut akan terus dilaksanakan bagi mengesan rakyat Malaysia yang terlibat penyalahgunaan dadah semasa berhibur di Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ujian saringan air kencing secara mengejut akan terus dilaksanakan bagi mengesan rakyat Malaysia yang terlibat penyalahgunaan dadah semasa berhibur di Thailand.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ujian itu dilakukan tanpa diketahui oleh mana-mana pihak akan dilakukan di melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di negeri.

“Pemeriksaan itu sudah dijalankan dari masa ke semasa di pintu masuk ke negara ini. Ujian air kencing kebiasaannya dilakukan semasa mereka (rakyat Malaysia) pulang dari Thailand. 

“Majoriti daripada mereka (rakyat Malaysia yang berhibur di Sungai Golok) melalui jalan yang tidak sah untuk ke negara berkenaan ,” katanya selepas diminta mengulas mengenai isu anak muda Kelantan yang terlalu ramai berkunjung ke Golok, Thailand untuk berhibur pada malam Jumaat dan Sabtu.

Mohd. Yusoff memberitahu, sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya Kelantan untuk berhibur di Golok dan mereka disyaki meletakkan kenderaan mereka di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke negara berkenaan.

“Tidak kira lelaki atau perempuan, ramai yang berkunjung ke sana untuk berhibur. 

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ada antara mereka yang berusia belasan tahun sudah pergi ke sana untuk berhibur,” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, golongan muda dari negeri ini gemar ke kelab malam di Golok, Thailand untuk berhibur setiap kali hujung minggu iaitu pada malam Jumaat dan Sabtu.

Kebanjiran golongan itu menyebabkan ada dalam kalangan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kawasan tersebut dan kemudian berhibur.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya