Bakal terbit buku muzik, bangunkan galeri Ahmad Nawab - Utusan Malaysia

Bakal terbit buku muzik, bangunkan galeri Ahmad Nawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Bagi memastikan karya terus hidup, anak kepada Allahyarham Nasir Wahab, Nassier Khan, 62, bercadang menerbitkan buku yang mengandungi nota muzik lagu ciptaan bapanya.

Jelas Nassier, hasrat itu telah pun disampaikan dan kini dalam proses penerbitan hasil kerjasama Kementerian Komunikasi di bawah agensi My Creative Venture.

“Saya sedang merancangkan menerbitkan buku nota muzik. Beliau ada 2,000 lagu sepanjang hayatnya. Kita akan lakukan dan ia sedang dalam proses,” katanya.

Nasier ditemui Utusan Malaysia di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pihak keluarga maklum berkenaan hajat persatuan seni di Pulau Pinang yang mahu membina sebuah muzium atau galeri khas sempena memperingati jasa maestro muzik itu.

Pihak keluarga turut memberi jaminan untuk memberikan dokumen, barang dan gambar yang diperlukan untuk galeri berkenaan.

“Karya arwah semua masih ada termasuk rekod, cakera padat, nota muzik dan gambar lama, ada lagi tersimpan.

“Kami ada rumah di Pulau Pinang, ia rumah atuk dan nenek kami.

“Ada pihak yang mahu buat muzium. Itu pun masih dalam perbincangan lagi,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Terdahulu, seniwati lagenda, Datuk Rosnani Jamil berkongsi pihaknya baru sahaja berbincang mengenai idea untuk membuka sebuah galeri khas buat Ahmad Nawab di Pulau Pinang.

Rosnani bagaimanapun terkilan kerana sahabatnya itu tidak berkesempatan menyaksikan galeri yang dirancang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN