Ayda Jebat syukur suami terbuka terima kekurangan diri - Utusan Malaysia

Ayda Jebat syukur suami terbuka terima kekurangan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat lega apabila suaminya, Nabil Mahir menerima setiap kekurangan dan kelemahannya dengan terbuka.

Menurut pemilik nama penuh Nur Shuhada Jebat, 32, sebelum berkahwin dia sudah berterus terang dengan Nabil mengenai kekurangannya dan perkara yang tidak disukainya.

“Saya memang daripada awal sebelum saya berkahwin, saya cakap dengan Nabil yand saya tak pandai masak dan tak suka masak.

“Bila dia kata dia okey kerana ibu dia pun tak masak, saya lega,” katanya menerusi sebuah sesi podcast bersama penyampai radio Kool 101, Haiza dan Muaz, baru-baru ini.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Memerang itu turut menyifatkan sikapnya yang suka berterus terang itu secara tidak langsung membantunya untuk menjalani kehidupan berumah tangga dengan lebih sihat.

“Bila kita tidak berterus-terang dengan benda-benda yang macam ini, dia akan jadi masalah di masa depan. Kita akan jadi stres sebab kena ikut kehendak orang sekeliling.

“Kalau suami kita jenis boleh terima dengan perlahan, okeylah. Tapi, kalau dia sering tanya kenapa tidak masak, benda itu akan jadi sesuatu yang daripada cinta jadi tekanan.

“Jadi saya berterus terang sahaja bagitahu apa yang saya tak boleh dan tak suka terutamanya kelemahan dan kekurangan saya. Bila dua-dua saling menerima antara satu sama lain, kita boleh jadi yang lebih baik,” jelasnya.

Terdahulu, Ayda telah berkahwin dengan personaliti televisyen, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3 dan Aali Mateen, 1. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya