ATM akan kenakan tindakan tegas jika benar pelaku bersalah

ATM akan kenakan tindakan tegas jika benar pelaku bersalah

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang berkaitan kes pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.

Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, pihaknya tidak akan berkomproni ke atas individu yang terlibat dalam kes-kes merosakkan  disiplin dalam organisasi ATM.

“Jika kadet senior terbabit didapati bersalah, ATM akan mengambil tindakan yang tegas mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Bukan sahaja ke atas kadet terbabit malah kepada semua individu yang didapati terbabit dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak PDRM. 

“Kita tidak mahu melindungi sesiapa dan kita mahukan keadilan diberikan kepada yang berhak. 

“Ini adalah sangat jelas, walaupun jika ATM sendiri yang melaksanakan siasatan ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis masih menunggu laporan perubatan pegawai kadet yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa dilaporkan berkata, setakat ini seramai 16 individu termasuk pelaku dan rakan sebilik telah diambil keterangan. 

Semalam, polis mengesahkan menjalankan siasatan berkenaan kes pegawai kadet yang didakwa dibuli dengan dada ditekap seterika oleh penuntut senior.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa berusia 20 tahun pada pukul 8.23 malam, kelmarin.

Beliau dilapor berkata, rakaman pengadu telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan pengadu juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Berdasarkan laporan diterima, kejadian dikatakan berlaku 11.45 malam pada 22 Oktober lalu di bilik asrama UPNM,” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya