Asrama Sekolah Bina Insan Puchong terbakar - Utusan Malaysia

Asrama Sekolah Bina Insan Puchong terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG : Penghuni asrama di Sekolah Bina Insan, di sini gempar apabila sebuah bilik kediamannya terbakar, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 5.23 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama empat jentera.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan bangunan asrama ‘Kelas A’.

“Kebakaran itu berlaku di tingkat dua dan menyebabkan kerosakan sebanyak 50 peratus pada struktur bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh anggota bomba,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN