‘Asal buka mulut, cerca usaha orang lain’

‘Asal buka mulut, cerca usaha orang lain’

parlimen
ADAM ADLI ABDUL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim menempelak tindakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyindir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai  dilihat lebih baik daripada Nabi Muhammad.

Adam berkata, pemimpin besar dengan latar belakang agama seperti Abdul Hadi tidak sepatutnya menggunakan perbandingan terhadap kemuliaan Rasulullah SAW dengan hanya untuk merendah dan mencerca orang lain. 

“Kita tahu reputasi Tuan Guru (Abdul Hadi). Asal buka mulut di pentas politik, lain tak ada melainkan mencerca usaha baik oleh orang lain yang tidak sehaluan.

“Selalunya terkenal dengan perumpamaan dari alam haiwan, cuma kali ini kita lihat melampau dan jauh tersasar. 

“Tidak ada sekelumit pun teladan yang baik khususnya buat anak-anak muda yang memperhatikan ruang politik jika ini yang akhirnya ditonjolkan Haji Hadi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya. 

Semalam, Abdul Hadi menyindir Anwar dengan menyatakan ada orang ingin dilihat lebih baik daripada Nabi Muhammad.

Ahli Parlimen Marang itu tidak menyebut nama Anwar secara khusus, namun beliau menghalakan kenyataannya ke atas ‘orang’ yang cuba menunjukkan kebaikan dengan menolak gaji.

“Allah memperuntukkan 20 peratus kepada Nabi Muhammad. Ada peruntukan untuk Nabi dan keluarganya tetapi Baginda menggunakannya untuk bantu dan mendahulukan orang lain (seperti) orang kawasan pedalaman yang memerlukan bantuan serta orang musafir.

“Namun, ada orang yang mahu tunjuk lebih daripada Rasulullah apabila tidak mahu menerima gaji. Itu cerita lainlah,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, semalam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya