Arrora Salwa gadaikan gaji empat bulan demi GV11 - Utusan Malaysia

Arrora Salwa gadaikan gaji empat bulan demi GV11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerana rindukan industri muzik, penyanyi, Arrora Salwa sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan sebagai pramugari demi menyertai program realiti, Gegar Vaganza Musim Ke-11 (GV11) yang akan bermula pada 24 November ini.

Menurut pemilik nama lengkap Salwa Md Razak, dia tidak mahu lagi melepaskan peluang keemasan untuk menyertai pertandingan nyanyian tersebut selepas beberapa kali menolaknya.

“Sebenarnya, pihak produksi pernah menawarkan saya untuk menyertai GV dua tahun lalu. Tetapi, ketika itu saya sedang menjalani latihan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan.

“Sejujurnya saya rindu nak menyanyi dan dah lama sebenarnya saya tak menyanyi di pentas yang besar. Apabila dapat peluang untuk sertai GV11, saya tak nak lepaskan peluang yang besar ini dan sebab itu saya sanggup cuti empat bulan tanpa gaji.

“Dulu saya sangat ‘kosong’ sebagai seorang penyanyi. ‘Vocal grooming’ dan hal berkaitan nyanyian semua saya tidak tahu. Jadi, peluang ini secara tidak langsung membuatkan saya boleh belajar,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Arrora ketika ditemui pada sesi sidang media GV11, di sini, Rabu lalu.

Terkenal menerusi lagu Ahmad, penyanyi itu menganggap kemunculan semulanya di pentas mega itu dapat mengasah lagi bakat nyanyiannya menerusi segala ilmu yang bakal ditimba daripada juri-juri profesional seperti Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

“Bagi saya, kemunculan semula saya di pentas GV ini adalah peluang untuk saya tunjukkan apa yang saya boleh lakukan’.

“Sebelum ini, saya tidak belajar vokal tetapi kali ini adalah sedikit ilmu. Alhamdulillah, kini saya sedang berguru dengan seorang cikgu vokal yang sangat bertanggungjawab dan berdisplin iaitu Idayu,” jelasnya.

Pada musim kali ini, Arrora bakal bersaing dengan 13 lagi penyanyi hebat seperti Liza Aziz, Ning Baizura, Nai Dinamik, Sheila Abdull, Ronnie Hussein, Fairuz Selamat, Reshmonu, Illa Sabry dan Zehra Zamri.

Bukan itu sahaja, penyanyi hebat daripada Singapura dan Indonesia seperti Yazid Lovehunters, Inka Christie, kumpulan The Lima dan Dadali Dyrga juga bakal berentap di program realiti itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya