Arijit Singh hiburkan peminat empat jam tanpa henti - Utusan Malaysia

Arijit Singh hiburkan peminat empat jam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Penyanyi asal India, Arijit Singh, membuktikan pengaruh yang luar biasa apabila lebih 10,000 penonton membanjiri Axiata Arena sempena konsert Arijit Singh Live in Malaysia yang berlangsung semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun itu, yang kali terakhir datang ke negara ini pada tahun 2014, melunaskan impian peminat yang sedekad menunggu kedatangan semulanya ke Malaysia.

Kali ini, komposer dan penerbit muzik berbakat besar tersebut menghadiahkan persembahan berskala lebih mega di dewan berprestij itu.

Terkenal dengan sikap mesra peminat, Arijit menghadiahkan persembahan istimewa menerusi penyampaian lebih 36 lagu popular yang antaranya merupakan runut bunyi filem pecah panggung Bollywood.

Penyanyi yang dilahirkan di Jiaganj Murshidabad, Benggal Barat, India ini tidak menghampakan audiens apabila turut menghadiahkan lagu permintaan ramai seperti Janam, Kesariya, Chaleya dan banyak lagi.

Arijit tidak ketinggalan mempersembahkan lagu Tum Hi Ho yang melonjakkan namanya di persada muzik India dan antarabangsa.

Rata-rata penonton kagum melihat kemampuan vokalis tersohor ini yang menyanyikan kesemua lagunya selama empat jam tanpa henti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya