Apakah kerajaan tidak menghormati keputusan mahkamah? - Na’imah - Utusan Malaysia

Apakah kerajaan tidak menghormati keputusan mahkamah? – Na’imah

NAIMAH KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dilihat seperti tidak menghormati keputusan mahkamah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan mengatakan siasatan ke atas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diteruskan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.

Isterinya, Toh Puan Naimah Khalid berkata, siasatan itu diteruskan atas sebab menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan selain sedang menjejaki wang di luar negara.

Katanya, ia adalah tidak adil untuk menuduh seseorang tanpa bukti.

“Tambahan pula, jejak wang apa? Untuk menyiasat ‘jejak wang’, perlu ada kesalahan rasuah dilakukan terlebih dahulu. Jika tiada kesalahan, maka sesuatu aset adalah dikira sah dan hasil usaha keras sama ada di Malaysia atau di tempat lain.

“Tidak habis-habis mengulangi tuduhan bahawa Daim ‘mencuri berbilion’, tetapi tidak pernah menyatakan kesalahan yang dilakukan. Sebabnya mudah dan jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 20 November lalu, Utusan Malaysia melaporkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan 71 aset miliknya se­perti yang dikehendaki oleh Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

Ia selepas pihak pendakwaan yang diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan Mahkamah Sesyen di sini bahawa mereka tidak lagi ingin meneruskan prosiding kerana tertuduh telah meninggal dunia.

Tambah beliau, sejak pertengahan tahun 2023, suaminya sering bertanyakan kesalahannya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM namun gagal mendapatkan jawapan.

Katanya, sudah tiba masanya Perdana Menteri dan ketua SPRM berhenti menyebarkan berita palsu mengenai kesalahan yang tidak wujud.

“Hanya dalam pemerintahan diktator sahaja seseorang disiasat tetapi tidak diberitahu kesalahan mereka.

“Ketika Daim di akhir hayatnya, Anwar dan SPRM cuba memburuk-burukkan beliau, tetapi tidak pernah memberinya peluang mempertahankan diri.

“Taktik sebegini tidak akan dapat mengalihkan perhatian orang ramai daripada kebobrokan besar-besaran sekutu politik Anwar sejak Madani ditubuhkan pada November 2022,” katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya