Anwar zahir simpati terhadap rakyat Sepanyol

Anwar zahir simpati terhadap rakyat Sepanyol

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan perasaan simpati terhadap rakyat Sepanyol yang berdepan tragedi kehilangan ratusan nyawa dan kemusnahan meluas di Valencia akibat banjir besar pada minggu lalu.

Anwar menerusi hantaran dalam media sosial beliau hari ini berkata, rakyat Malaysia sentiasa bersama rakyat Sepanyol dalam masa amat sukar kini.

“Kita akan terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sepanyol dengan harapan tulus agar keadaan bertambah baik pada hari-hari mendatang,” katanya.

Semalam, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Oktober lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya