Anwar sertai dialog dengan pelabur  berpotensi di China

Anwar sertai dialog dengan pelabur  berpotensi di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari ketiga lawatan kerja ke China dengan mengadakan  Sesi Dialog bersama para pelabur republik itu yang  dianjurkan Khazanah Nasional Bhd.

Antara pelabur terlibat dalam dialog itu  Chengwei Capital dan NRL Capital.

Selepas itu, Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat lain dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri di negara itu  sebelum berlepas ke Beijing petang ini.

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Lawatan kerja Perdana Menteri ke China adalah atas jemputan rakan sejawatnya Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ketujuh (CIIE ke-7) di Shanghai.

CIIE merupakan inisiatif China untuk menyediakan platform kepada negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi mempromosi dan mengeksport barangan serta perkhidmatan ke negara itu.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di peringkat global selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009.

Terdahulu, Duta Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata, lawatan kerja empat hari ke China yang bermula Isnin lalu bertujuan untuk bertemu pelabur berpotensi bagi meningkatkan ekonomi negara.

“Fokus kali ini (ialah) ekonomi. Jadual padat menanti Perdana Menteri antaranya sesi bertemu syarikat yang berpotensi membuat pelaburan di Malaysia,” katanya dalam sidang media.

Pada 2023, jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion), menyumbang 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

Setakat September lepas, jumlah dagangan yang direkodkan ialah RM355.15 bilion (AS$76.72 bilion).

Pada separuh pertama 2024, sebanyak 15 projek pembuatan telah dilaksanakan dengan pelaburan berjumlah RM1.2 bilion (AS$252.5 juta).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya