Anwar selamat tiba di Riyadh

Anwar selamat tiba di Riyadh

ANWAR Ibrahim menerima kawalan kehormatan semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi hari ini  bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam.

Menurut kenyataan Wisma Putra yang dikongsi di laman X, ketibaan Perdana Menteri disambut Timbalan Gabenor Wilayah Riyadh, Putera Mahkota Mohammed bin Abdulrahman, serta Datuk Bandar Wilayah Riyadh, Dr Faisal bin Abdulaziz.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh, Perdana Menteri menerima penghormatan kawalan kehormat sebagai sambutan rasmi kedatangannya.

Anwar akan mewakili Malaysia dalam Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi.

Beliau dijangkakan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa.

Sidang kemuncak ini juga akan membincangkan isu-isu kritikal membabitkan negara-negara Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya