Anwar santuni komuniti Putrajaya

Anwar santuni komuniti Putrajaya

ANWAR Ibrahim beramah mesra dengan rakyat di Surau Al-Husna di Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni komuniti di Pusat Pentadbiran Kerajaan, di sini dengan menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna, Presint 9.

Solat Jumaat berkenaan diimamkan Ustaz Mohd Firdaus Mohd Suhan itu disertai lebih 1,000 jemaah.

Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah Jumaat bertajuk ‘Meraih Syarat, Menagih Selamat di Akhirat’ yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdaus.

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu mengingatkan jemaah supaya melazimi kehidupan di dunia ini di atas landasan akidah yang benar dan sentiasa mematuhi ketetapan syarak menjadi sumber keredhaan dan bantuan syafaat di hari akhirat.

Pada masa sama, khatib juga mahu jemaah supaya berdampinglah dengan kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W dengan banyak berselawat dan berdoa untuk baginda.

“Al-Quran dan amalan berpuasa juga menjanjikan syafaat buat umat Muhammad SAW. Burulah peluang untuk mendapat kelayakan meraih syafaat dua amalan hebat ini,” katanya.

Selesai solat, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama jemaah yang hadir sebelum beredar meninggalkan masjid.

Terdahulu, Anwar turut berkesempatan menikmati sajian makan tengah hari di Nasi Kandar Melayu, Medan Selera Presint 9, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya