Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC di Lima

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke APEC di Lima

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memimpin delegasi Malaysia dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru bermula 14 hingga 16 November ini.

Bertemakan “Empower. Include. Grow.”, mesyuarat itu turut melibatkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

MITI dalam kenyataan berkata, penyertaan Malaysia ke peringkat tertinggi menyuarat itu mencerminkan komitmen untuk terlibat secara aktif dalam APEC bagi  memperkukuh daya tahan ekonomi, pertumbuhan mampan, dan kemakmuran inklusif.

Katanya, Anwar juga akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan CEO APEC 2024, bersama wakil-wakil pengurusan tertinggi daripada 17 syarikat korporat terkemuka Malaysia.

“Dalam sidang kemuncak ini, Anwar dijangka berkongsi pendekatan strategik Malaysia terhadap revolusi Kecerdasan Buatan (AI), termasuk memanfaatkan AI bagi pertumbuhan ekonomi dan produktiviti,” katanyanya.

Jelasnya, Anwar juga turut terlibat dalam Dialog Tidak Formal Pemimpin Ekonomi APEC bersama tetamu, Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin Ekonomi APEC, serta pertemuan dengan pemimpin-pemimpin industri yang diatur oleh MITI.

“Sempena lawatan rasmi ke Lima, Anwar dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawat untuk memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia,” jelasnya.

Katanya, langkah itu dilakukan bagi meneroka peluang integrasi ekonomi yang lebih mendalam dalam APEC, serta membincangkan bagaimana perdagangan dan pelaburan dapat membantu mengurangkan kesan cabaran geopolitik dan geoekonomi semasa.

Jelasnya, Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra, akan mengetuai perbincangan Pemimpin APEC yang memberi tumpuan kepada pengukuhan integrasi ekonomi, mempromosikan pertumbuhan mampan dan inklusif, memajukan transformasi digital, meningkatkan keterjaminan makanan, serta memupuk daya tahan rantaian bekalan dalam menghadapi cabaran global semasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya