Anwar bertemu komuniti Islam di Brazil

Anwar bertemu komuniti Islam di Brazil

ANWAR Ibrahim (kiri) bersama Luiz Inácio Lula da Silva selepas Sidang Kemuncak G20 di Rio De Jeneiro, Brazil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program sesi diskusi santai bersama komuniti Islam di Rio De Jeneiro, Brazil.

Beliau dalam masa yang sama turut menyatakan komitmen Malaysia membantu urusan berkaitan halal, selain usaha memartabatkan agama suci itu menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil.

“Dalam pertemuan ini, kami dapat berbincang dan bertukar pandangan soal pembangunan ummah di negara ini.

“Saya turut menyatakan komitmen dalam membantu urusan berkaitan halal selain usaha memartabatkan islam menerusi pendidikan dan dakwah kepada komuniti Islam di Brazil,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Mewakili Masjid Luz ialah Presidennya, Mohamed Zeinhom Mohamed El Fateh Mohamed Abdien, Imam Sancho Jorge Mulungo @ Adam, Timbalan Pengarah Jabatan Sosial Julia Leal Menezes, dan Pengarah Kewangan masjid berkenaan Abdullah al Masri.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam, selain menyerahkan senaskah al-Quran cetakan khas dan 10 lagi terjemahan dalam bahasa Portugis.

Beliau berkata, Malaysia juga akan menggerakkan usaha bagi membantu aktiviti di Masjid Luz.

Anwar tiba di Brazil selepas menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Apec (AELW) di Lima, Peru untuk lawatan rasmi pertamanya ke Brazil.

Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, dan Vietnam juga adalah negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20 di negara itu.

Lawatan Anwar atas jemputan Presiden Brazil, Lula da Silva. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya