Anwar beri sumbangan untuk surau, masjid di Beserah

Anwar beri sumbangan untuk surau, masjid di Beserah

ANWAR Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada surau dan masjid di Beserah, Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 di Beserah, Kuantan semalam.

Anwar menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau mengadakan pertemuan bersama ahli jawatankuasa masjid serta surau di kawasan terbabit.

Menurutnya, sumbangan diberikan kepada Surau Al-Fateh, Kampung Pantai Beserah dan Masjid Jamek Beserah.

“Sumbangan berjumlah RM100,000 diberikan kepada pihak surau dan masjid bagi menaik taraf fasiliti dan membaik pulih tandas.

“Semoga penambahbaikan di kedua-dua rumah ibadah ini akan terus memainkan peranan sebagai pusat penyantunan masyarakat dan penyebaran ilmu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya