PUTRAJAYA: Kementerian Pertahanan akan melaksanakan pelan pemindahan bagi kumpulan pertama Pasukan Batalion Malaysia 850-12 (MALBATT 850-12) yang berada di Lubnan sekiranya diperlukan mengikut situasi semasa di negara berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan pemindahan kumpulan MALBATT 850-12 itu akan dikordinasikan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) jika diperlukan. “Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) melalui Markas Angkatan Bersama sentiasa berhubung rapat dengan UNIFIL untuk memantau secara dekat berhubung situasi di Lebanon. “Anggota-anggota kita yang dihantar juga merupakan mereka yang terlatih,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya