Anak kambing gurun diselamatkan Perhilitan 

Anak kambing gurun diselamatkan Perhilitan 

ABDUL KADIR ABU HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seekor anak kambing gurun yang tersesat di tapak kuari di Bandar Mahkota Cheras dekat sini diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) pada Isnin lalu.

Anak kambing gurun betina berusia kira-kira dua minggu itu ditemukan kira-kira pukul 1.20 petang.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, berdasarkan maklumat orang awam, anak kambing gurun itu dipercayai telah terpisah daripada ibunya sebelum ditemukan di lokasi terbabit.

“Anak kambing gurun itu ditemukan dalam keadaan sihat dan kini berada di Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk penjagaan lanjut.

“Terima kasih kepada orang awam yang segera melaporkan kejadian ini,” katanya di sini.

Beliau berkata, kambing gurun atau nama saintifiknya Capricornis Sumatrensis disenaraikan sebagai dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Ancaman terbesar bagi kemandirian hidupan liar ini ialah pemburuan haram untuk perdagangan. Oleh itu, orang ramai diingatkan untuk melaporkan sebarang penemuan hidupan liar,” ujarnya.

Beliau berkata, orang awam yang menjumpai hidupan liar dalam situasi bahaya diminta untuk segera menghubungi talian Hotline Perhilitan 1-800-88-5151 dalam usaha bersama melindungi khazanah alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya