Anak Jahidah kini OKU, perkembangan tidak normal

Anak Jahidah kini OKU, perkembangan tidak normal

Fauziah Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Anak lelaki Jahidah Nordin@Sylvester, 46, yang cedera parah sehingga koma akibat dipukul bekas suaminya, Rosmaini Abd. Raof, 41, pada 2021 lalu, kini berstatus orang kurang upaya (OKU).

Adik Jahidah, Fauziah Nordin, 43, berkata, Eshan Nufail yang kini sudah berusia tiga tahun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.

“Pada 30 November ini dia genap berusia tiga tahun tetapi belum boleh berjalan, mungkin disebabkan kesan hamil ketika dalam keadaan koma. Jadi, perkembangan dia agak lambat dan berat pun baru 9.5 kilogram (kg).

“Doktor memaklumkan keadaannya seperti kanak-kanak berusia setahun sedang­kan dia sudah tiga tahun. Selain berada dalam pemantauan doktor, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Tuanku Ja’afar, Se­remban dan diberikan kad OKU kerana perkembangan yang tidak normal,” katanya ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Fauziah turut memaklumkan keadaan kakaknya masih sama dan hanya mampu menggerakkan beberapa bahagian badan seperti tangan serta kaki.

“Keadaannya statik, jika dia boleh dengar suara mungkin dia bergerak-gerak sedikit tetapi kita tidak faham apa yang dia cuba sampaikan,” katanya.

Pada masa sama, Fauziah turut menyuarakan kekecewaan apabila keputusan akhir kes pembelaan ditangguhkan ke 9 Disember ini memandang­kan tertuduh tidak hadir ke­rana dimasukkan ke hospital akibat tidak sihat.

“Kami kecewa kerana dia (Rosmaini) tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam). Kami sekeluarga harap mahkamah buat keputusan kerana sudah menunggu bertahun-tahun lamanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya