KUALA LUMPUR: Seorang mayat wanita ditemukan dalam peti ais sejuk beku dipercayai disorok akibat dibunuh anaknya sejak tiga tahun lalu di Jalan Haji Abu 6, Taman OUG di sini.
Difahamkan lelaki berusia 50-an membunuh ibunya berusia 80-an itu sekitar Mac 2021 di rumah teres dua tingkat itu.
Difahamkan, mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan kemudian diletakkan di dalam peti ais tersebut.
Suspek bagaimanapun membuat laporan polis hari ini dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.
Tindakannya dipercayai akibat suspek kehabisan wang simpanan selain dia mempunyai masalah kesihatan kronik. Suspek kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ditahan pada pukul 9 pagi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan masih dijalankan. – UTUSAN