AM:PM Amir Masdi, album yang boleh dilupakan - Utusan Malaysia

AM:PM Amir Masdi, album yang boleh dilupakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN saya pernah meletakkan album debut penyanyi, Amir Masdi antara album penuh terbaik mewarnai 2023, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bahawa Amir Masdi bukan produk muzik yang akan bertahan lama sepanjang dia bermuzik. 

Alasan meletakkan Amir Masdi dalam kategori itu hanya kerana dia meraikan kembali trend penerbitan album penuh yang semakin kurang diberi perhatian dalam keadaan industri muzik masih berhadapan ketidaktentuan pasaran. 

Apabila Amir, 28, merakam dan mengeluarkan beberapa single terdahulu seperti Pemilik Cinta, Asmara, Puas dan Kau Sakiti, kemudian dimuatkan di dalam album, saya tidak lagi melihatnya sebagai album baharu dan segar. 

Sebaliknya, Amir Masdi hanyalah album kompilasi yang ‘mencukupkan syarat’ supaya dia ada karya dikatakan sebagai ‘album’, sekali gus menjadi penguat kepada resumenya. 

Di akhirnya, lagu-lagu baharu seperti Berhenti Mencinta, Sengaja, Aura Kejora, Esok, Menyesal, Memori Bersama, I Won’t Go dan Empayar sekadar pengisi album dan tidak lagi ke mana mana, jauh sekali untuk tujuan komersial. 

Kini, juara Akademi Fantasia 2016 itu meneruskan gerakan pop dan rock bekerjasama Edry Abdul Halim, mempertaruh album kedua, AM:PM, yang ketika ini hanya dilancar dalam bentuk extended-play (EP) (sebelah AM) bersamaan enam lagu. 

Enam lagu lagi (sebelah PM) bakal dilancar tahun hadapan. Saya tahu, penyanyi dan peminat rock kapak akan berada dalam ruang penafian. 

Namun, bagi saya, muzik rock sudah tidak mampu lagi berdiri sendiri dalam perniagaan muzik sekarang, kerana perubahan industri muzik menuntut kepada karya-karya lebih pop dan nostalgia rock galau 90-an. Begitu juga dengan Langit Biru di trek ketiga. Dia memang sesuai menyanyi dalam rentak sebegini. 

Lebih tenang dan melodinya disusun rapi, walaupun tidak banyak pembaharuan dengan lagu terdahulu. Nurcinta, yang menjadi teraju album ini antara daya penarik pendengaran saya walaupun komposisinya masih terikat dalam format 90-an dan 2000-an. 

Edry, masih belum memberi ‘bunyi’ yang menjadi pemberat dan identiti Nurcinta. Sebolehnya saya langkau sahaja trek kelima, Bakal diterima umum. 

Tetapi, Amir membuka tirai album ini dengan lagu Luar Kotak yang kedengaran 20 tahun ke belakang, berawal di minit 0:00 hingga 0.49. 

Saya musykil lagu seperti ini membawa penerimaan pendengar yang ramai kerana bunyinya tidak menangkap, bersifat setempat, ‘mengganggu’ dan sasarannya hanya untuk pendengar tertentu. 

Edry nampaknya masih menggunakan rentak dan bunyi instrumen hampir sama apabila tiga saat pertama mengingatkan saya akan Seindah Mimpi yang diciptakannya untuk Jaclyn Victor dahulu. 

Saya lebih tertarik pada lagu trek kedua, Calar, dengan petikan gitar di 15 saat pertama yang mengimbau nostalgia rock galau 90-an. Begitu juga dengan Langit Biru di trek ketiga. Dia memang sesuai menyanyi dalam rentak sebegini. Lebih tenang dan melodinya disusun rapi, walaupun tidak banyak pembaharuan dengan lagu terdahulu.

Nurcinta, yang menjadi teraju album ini antara daya penarik pendengaran saya walaupun komposisinya masih terikat dalam format 90-an dan 2000-an. Edry, masih belum memberi ‘bunyi’ yang menjadi pemberat dan identiti Nurcinta.

Sebolehnya saya langkau sahaja trek kelima, Bakal Kekasih, kerana langsung tidak gemar rentak lagu sebegini yang tidak pun mengangkat darjat Amir ke tahap sepatutnya.

Walaupun saya menyukai melodi dalam Take Me Home, tetapi, lagu bahasa Inggeris ini hanya akan menjadi penyambung kesenduan I Won’t Go (lagu dalam Amir Masdi) dan dia masih lagi melabur sesuatu yang sia-sia ketika dia sedar, muziknya untuk pasaran Malaysia.

Beginilah, mungkin Amir yakin sudah menemui laluan muzik sebenar menerusi genre rock diilhamkannya. Tetapi, dia mesti berpijak di bumi nyata.

Walaupun masih ada pengikut muzik rock yang setia, namun, lagu-lagunya tidak mungkin mendominasi carta lagu-lagu popular selagi dia menyuntik elemen rock sebegini yang sudah ketinggalan zaman.

Kumpulan rock terkenal, Search sendiri pun masih bergantung kepada karya lama, ketika album terakhir, Katharsis (2017) diterbitkan M. Nasir, gagal menempatkan diri dalam pasaran muzik kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya