AMMB catat untung bersih RM1 bilion separuh pertama 2025 - Utusan Malaysia

AMMB catat untung bersih RM1 bilion separuh pertama 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Untung bersih AMMB Holdings Berhad (AmBank) bernilai RM1 bilion dalam separuh pertama 2025 berakhir 30 September 2024, meningkat 18 peratus berbanding RM848.15 juta yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil dalam tempoh dikaji bernilai RM2.41 bilion berbanding RM2.33 bilion jumlah pendapatan pada separuh pertama 2024.

Bagi suku kedua berakhir 30 September 2024, AMMB melaporkan untung bersih sebanyak RM500.57 juta, meningkat berbanding RM469.78 juta yang direkodkan pada suku kedua 2023, manakala hasil meningkat daripada RM1.12 bilion kepada RM1.23 bilion pada suku dikaji.

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim sebanyak 10.3 sen sesaham, dengan tarikh akhir 12 Disember 2024 dan perlu dibayar pada 30 Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, pihaknya optimis terhadap prospeknya pada tahun kewangan 2025 kerana kini ia telah mencapai tahap separuh jalan dengan prestasi yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

“Kami gembira dengan kemajuan kami pada separuh masa pertama ini. Pengembangan margin faedah bersih (NIM) selanjutnya mendorong pendapatan faedah bersih lebih tinggi dan kami menanggung caj rosot nilai bersih yang jauh lebih rendah untuk tempoh tersebut.

“Pertumbuhan pinjaman dalam segmen fokus kami adalah kukuh dan pulangan keseluruhan kami pada ekuiti melebihi 10 peratus. Kedudukan modal telah bertambah kukuh dengan peningkatan keuntungan sebanyak RM1.0 bilion.

“Kami berbesar hati untuk mengisytiharkan kenaikan 71.7 peratus dalam dividen interim
untuk separuh pertama 2025,” katanya dalam kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya