Ambulan terbalik depan hospital mujur tiada pesakit

Ambulan terbalik depan hospital mujur tiada pesakit

Sebuah ambulans terbalik selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sebuah ambulans milik sebuah hospital swasta terbalik selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat pintu masuk ke Hospital Kulim, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, ambulans terbabit tidak membawa pesakit dan hanya pemandu serta pembantu perubatan berada di dalam kenderaan jenis Weststar Maxus itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, siasatan polis mendapati kemalangan dipercayai ketika ambulans yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dalam penugasan dari sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang ke Hospital Kulim.

“Tiba di lampu isyarat simpang tiga Hospital Kulim, ambulans itu membelok masuk ke kanan untuk masuk ke hospital sambil bunyikan siren dan menyalakan lampu amaran beacon yang ketika itu lampu isyarat berwarna merah.

“Secara tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dan melanggar di bahagian belakang sisi sebelah kiri ambulans terbabit dan terbalik namun, kedua-dua pemandu serta penumpang dalam dua kenderaan itu tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Rule 17 LN 166/59 dan pihaknya sudah merakam percakapan pemandu van ambulans terbabit dan polis sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya