Alat TED mampu selamatkan lebih 5,000 penyu setahun

Alat TED mampu selamatkan lebih 5,000 penyu setahun

KAKITANGAN MRF melakukan penandaan bagi memantau populasi penyu di Pulau Mantanani, Kota Belud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Menyedari hidupan marin seperti penyu berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuk aktiviti manusia, inisiatif penggunaan alat peranti penyisih penyu (TED) perlu dipergiatkan.

Pegawai Kanan Pemuliharaan Yayasan Penyelidikan Marin (MRF), Liyana Khalid berkata, setiap tahun 5,000 ekor penyu mampu diselamatkan sekiranya semua kapal tunda di negara ini menggunakan alat TED.

Beliau berkata, sebagai badan yang memperkenalkan TED kepada nelayan di negara ini, MRF akan terus komited mendapatkan kerjasama pengusaha pukat tunda agar menguna pakai TED dalam aktiviti penangkapan ikan.

“Ketika ini, Malaysia adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menggunakan TED untuk menyelamatkan penyu laut. Penggunaan TED berjaya menyelamatkan lebih 1,000 penyu setiap tahun di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengenalan alat TED itu adalah projek utama yang dilaksanakan MRF dalam usaha menyelamatkan sepsies penyu laut di negara ini, termasuk di Sabah.

TED adalah peranti diperbuat daripada aluminium atau gelvani yang diletakkan di bahagian depan keroncong pukat tunda bagi membolehkan tangkapan seperti udang dan ikan melepasi ke hujung pukat manakala, sampah dan hidupan marin lebih besar akan keluar semula daripada pukat menerusi sistem penutupnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MRF, Dr. Nicolas Pilcher berkata, MRF turut bekerjasama dengan rakan lain di beberapa negara lain untuk mempromosikan pemuliharaan penyu dan dugong serta memberikan sokongan teknikal kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan industri yang ingin menambah baik pengurusan alam sekitar.

Antara projek yang dilakukan MRF adalah menjalankan penyelidikan mengenai impak perubahan iklim terhadap penyu dan menggunakan laparoscopy bagi menentukan nisbah jantina penyu dengan menghubungkannya dengan amalan pengurusan di kawasan penetasannya serta impak perubahan iklim.

Di samping itu, MRF turut bekerja dalam pemuliharaan ikan yu dan pari dengan kerjasama Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia dan Green Semporna bagi meningkatkan tahap pemuliharaan di peringkat nasional dan serantau.

Kata Nicholas, MRF juga menggunakan peralatan kamera yang boleh membantu kawasan perlindungan marin dan yang berpotensi menyelamatkan lebih daripada 90 peratus pembiakan ikan Yu Tukul (hammerhead sharks) di Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya