Al-Quran, hadis mengajak umat Islam bersatu-padu

Al-Quran, hadis mengajak umat Islam bersatu-padu

MOHD. NAKHAIE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Al-Quran dan hadis yang wujud sejak beribu-ribu tahun lalu sudah pun mengajak umat Islam bersatu-padu dan ia perlu disambut semua pihak.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, bagaimanapun, masih ada pihak yang tidak memandang tinggi keistimewaan tersebut, sebaliknya mendakwa menerima arahan sama yang kononnya dari Nabi Muhammad melalui mimpi.

“Al-Quran dan Sunnah yang sudah wujud sejak lebih daripada 1,400 tahun menyeru supaya umat bersatu. Tetapi yang mendengar seruan itu tidak teruja sangat. Tidak sambut dengan takbir.

“Tiba-tiba mendakwa terima arahan nabi menerusi mimpi, malah disambut dengan penuh semangat dan bergema kuat laungan takbir.

“Apakah mimpi lebih power (berkuasa) daripada seruan al-Quran dan Sunnah? Atau apakah pemikiran umat ini terbentuk daripada mimpi yang kudus atau daripada dongeng dan tahayul,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mempertahankan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang membawa kisah bertemu Nabi Muhammad di dalam mimpi dan menegaskan bahawa tiada siapa yang memaksa mesti dipercayai.

Katanya, apa diceritakan Ahli Parlimen Marang terbabit lebih bersifat perkongsian dalaman keluarga, iaitu antara seorang bapa untuk untuk anak-anaknya.

Tambah beliau, terserah kepada orang ramai sama ada mahu mempercayai mimpi tersebut atau sebaliknya.

“Adapun kami sebagai anak-anak beliau di dalam Pas, kami memilih untuk percaya, apa yg anda nak kalut?

“Dan kami faham, ia diceritakan sebagai satu perkongsian keluarga antara seorang bapa dalam perjuangan untuk anak-anaknya dalam satu program Ijtima Tarbawi, bukan diangkat untuk tujuan memuja diri sendiri,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video ucapan Abdul Hadi yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad yang datang ke Rusila di Marang, Terengganu dan meminta ahli politik terbabit mendamaikan perbalahan di antara golongan Sunni dan Syiah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya