Aktivis politik antara tiga ditahan minta rasuah daripada pendakwah selebriti

Aktivis politik antara tiga ditahan minta rasuah daripada pendakwah selebriti

SEORANG aktivis politik bersama dua lagi lelaki dibawa keluar dari lokap Mahkamah Alor Setar selepas mereka dikenakan reman selama empat hari bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang aktivis politik bersama dua individu lain ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti. 

Sumber memaklumkan, ketiga-tiga lelaki berusia 30 hingga 50-an itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 5 petang semalam   di Bedong, Sungai Petani dan Pejabat SPRM Kedah. 

Katanya, urusan meminta dan menerima rasuah itu disyaki bagi membantu menyelesaikan satu kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan pendakwah berkenaan yang sedang disiasat polis.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek bersubahat meminta wang sebanyak RM150,000 tetapi mereka hanya menerima RM20,000 daripada pendakwah itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. 

Dalam pada itu, ketiga-tiga suspek dibawa SPRM ke Kompleks Mahkamah Alor Setar pada pukul 8.45 pagi hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman. 

Majistret, Siti Nor Hasliza Md. Ali membenarkan kesemua mereka direman selama empat hari hingga 9 November depan. 

Terdahulu, aktivis politik terbabit yang berpakaian lokap SPRM berwarna oren beberapa kali melaungkan perkataan ‘Lawan Tetap Lawan’ ketika gambarnya diambil. 

Malah ketika diiring keluar dari lokap mahkamah, dia memaklumkan akan membuat laporan polis berkaitan tuduhan menipu dilakukan pihak tertentu, selain menganggap apa yang berlaku adalah penganiayaan bagi memburukkan nama kumpulan yang menyokong seorang bekas Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya