Ahmad Zahid tiba di Kelantan, tinjau situasi banjir

Ahmad Zahid tiba di Kelantan, tinjau situasi banjir

AHMAD Zahid Hamidi (empat kiri) semasa meninjau situasi banjir Kelantan di Tambatan Diraja Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid tiba ke negeri ini meninjau situasi terkini banjir yang sedang Kelantan ketika ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat tiba di Tambatan Diraja pada pukul 4 petang bersama Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud untuk meninjau keadaan paras air Sungai Kelantan.

Semasa berada di Menara Tinjau Tambatan Diraja, Ahmad Zahid turut diberi taklimat berkenaan paras terkini air Sungai Kelantan dan sistem amaran banjir.

Beliau kemudian meninggalkan kawasan Tambatan Diraja untuk ke PPS Sekolah Kebangsaan Tapang di sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr. Hafidzah Mustakim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya