Affin Bank sediakan NDRP bantu mangsa banjir 

Affin Bank sediakan NDRP bantu mangsa banjir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Affin (Affin) menyediakan bantuan Affin Natural Disaster Relief Programme (NDRP) untuk membantu pelanggan yang terjejas akibat banjir di seluruh Malaysia.

WAN RAZLY ABDULLAH

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, NDRP menghulurkan bantuan kepada individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan pelanggan korporat bagi memastikan mereka mendapat sokongan menyeluruh akibat banjir.

Menurutnya, pelanggan boleh memohon moratorium sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.

“Banjir semasa telah memberi kesan buruk kepada kawasan terjejas dan masyarakat setempat.

“Untuk mengurangkan beban kewangan pelanggan kami pada masa yang mencabar ini, Affin menawarkan bantuan kewangan ke atas pelbagai produk pinjaman dan pembiayaan melalui NDRP.

“Pelanggan digalakkan untuk menghubungi Pusat Perhubungan Affin di talian 03-8230 2222 atau mengunjungi mana-mana cawangan AFFIN untuk menyemak kelayakan dan memohon NDRP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya