ADUN Sabah: MCMC minta pengendali media sosial turunkan video rakaman 

ADUN Sabah: MCMC minta pengendali media sosial turunkan video rakaman 

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah meminta pengendali media sosial untuk menurunkan video rakaman dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya telah berhubung dengan pengendali platform yang didapati memuat naik video dan audio berkaitan isu terbabit. 

Katanya, MCMC tidak terlibat dalam siasatan itu tetapi mempunyai kuasa berkaitan video yang dimuat naik naik dalam media sosial.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat susulan permintaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menurunkan video-video terbabit. 

“Kedua-dua agensi terbabit menjalankan siasatan yang mana PDRM siasat berkaitan ugutan bunuh, manakala SPRM membabitkan dakwaan rasuah. 

“Ini kerana video-video yang tersebar di media sosial boleh menjejaskan siasatan dilakukan,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman, hari ini. 

MCMC sebelum ini meminta portal berita mengeluarkan serta-merta satu artikel dan video yang didakwa berkaitan skandal rasuah di Sabah.

Video tersebut membabitkan ADUN Sabah yang mengadu mengenai projek RM70 juta yang telah disekat dan menyalahkan “pasukan lama”. 

Media semalam melaporkan, SPRM telah memanggil lima ADUN Sabah bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah. 

SPRM dilapor berkata, pihaknya sudah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terlibat isu dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu.

Menurutnya, siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.

Pada 13 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan berkaitan kes ugutan bunuh diterima pemberi maklumat yang mendakwa mempunyai lapan video menunjukkan ADUN Sabah berbincang mengenai wang.

Difahamkan, antara ADUN yang dikaitkan dengan klip audio itu adalah Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Rubin Blang (Kemabong), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya