‘Ada saja wanita berfikiran singkat, nak hidup mewah sondol suami orang’ - Utusan Malaysia

‘Ada saja wanita berfikiran singkat, nak hidup mewah sondol suami orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya ada saja wanita berfikiran singkat, nak hidup mewah hanya sondol sahaja suami orang.”

Demikian kata pelakon jelita, Datin Elvina Mohamad yang menyifatkan perosak rumah tangga atau ‘penyondol’ mempunyai pemikiran yang singkat kerana mengganggu kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri.

Menurut Elvina, dia dan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan juga tidak terlepas daripada ujian rumah tangga meskipun sudah tujuh tahun hidup bersama.

“Bila masuk alam perkahwinan, itu tak seindah seperti yang mereka sangkakan. Sampai sekarang usia perkahwinan saya sudah tujuh tahun dan macam-macam yang kami sudah lalui,” katanya menerusi sebuah sesi temu bual.

Tambah Elvina, dia juga kerap menerima mesej pelik daripada beberapa pengguna media sosial meskipun mengetahui statusnya yang sudah bergelar isteri orang.

“Masa kami kerap berkongsi di media sosial, orang masih menghantar pesanan terus (Direct Message). Mereka bukan tak tahu, mereka hanya buat-buat tak tahu dan sengaja nak mengacau.

“Ada segelintir daripada mereka yang tak faham bahasa sehingga saya dapat DM yang pelik-pelik. Tetapi, saya memilih untuk elakkan dan sekat mereka. Tak nak layan.

“Mesej pelik itu saya terima dari zaman sebelum kahwin sehinggalah sudah berkahwin dan ada anak,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia itu juga berpendapat setiap wanita perlu mempunyai karier sendiri sebagai persiapan untuk kemudian hari.

“Saya rasa kalau nak duit, bekerja dan usaha sendiri. Kalau kita nak bergantung pada pasangan kita walaupun dia sangat kaya raya pun tak boleh juga.

“Sebab pada akhirnya kita sendiri yang kena tanggung, jadi sediakan payung sebelum hujan. Saya nasihatkan pada perempuan di luar sana, mereka perlu ada karier sendiri,” katanya.

Sekadar info, Elvina dan Haniff Borhan telah berkahwin pada Mac 2018 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 6, dan Ean Maleeq, 1. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya