Abang Adik dinobat filem terbaik Asian World Film Festival 2024 - Utusan Malaysia

Abang Adik dinobat filem terbaik Asian World Film Festival 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Abang Adik dinobat sebagai pemenang anugerah Snow Leopard, Filem Terbaik di Asian World Film Festival ke-10 di Los Angeles.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram rasmi filem Abang Adik pada Jumaat.

“Abang Adik baru sahaja memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Terbaik (Wu Kang-ren) di Asian World Film Festival.

“Terima kasih diucapkan kepada juri atas penghargaan ini,” tulis mereka di kapsyen Instagram.

Terdahulu, Abang Adik bersaing dengan 15 filem lain di festival tersebut antaranya The Day dari Korea Selatan, Laapataa Ladies (India), How to Make Millions Before Grandma Dies (Thailand), dan Meeting with Pol Pot (Kemboja).

Filem- filem tersebut juga turut tersenarai sebagai calon pemenang Anugerah Akademi bagi kategori filem asing terbaik tahun hadapan.

Sepanjang penerbitan Abang Adik, naskhah tersebut telah menggondol beberapa anugerah antaranya Golden Horse Awards, New York Asian Film Festival dan Far East Film Festival di Udine, Itali.

Malah, filem arahan Jin Ong itu juga telah mencipta fenomena di Taiwan, Hong Kong, China dan Malaysia ketika ditayangkan di pawagam tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya