7,873 PATI diusir keluar dari Sabah 

7,873 PATI diusir keluar dari Sabah 

PATI warga Filipina diusir keluar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina, semalam. - IHSAN JIM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Seramai 7,873 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara telah dihantar pulang ke negara asal setakat November ini.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, sepanjang tempoh Januari sehingga semalam, jumlah warga asing yang paling ramai diusir keluar adalah PATI warga Filipina yang berjumlah 5,503 orang.

Ia termasuk 764 orang PATI warga Filipina yang dihantar pulang melalui program pemindahan tahanan asing ke negara asal siri ke- 20 untuk kategori usir melalui laut.

Beliau berkata, kesemua PATI yang dihantar pulang semalam berusia antara setahun hingga 70 tahun. Kesemua mereka diusir keluar menerusi Pelabuhan Sandakan, Sabah ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan kapal MV Antonia 1.

“Pemindahan tahanan PATI warga Filipina ini melibatkan tahanan daripada Depot Imigresen Papar.

“PATI yang dipindahkan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa.

“Kesemua PATI telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain PATI warga Filipina, terdapat juga PATI dari negara lain iaitu Indonesia, Pakistan, Vietnam, China, India yang diusir keluar dari Sabah sepanjang tahun ini.

Mengulas lanjut katanya, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

Jelas beliau, tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah dan individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya