6,742 graduan UUM terima skrol tahun ini

6,742 graduan UUM terima skrol tahun ini

MOHD. Foad Sakdan (tiga, kiri) bersama pimpinan UUM pada sidang akhbar Majlis Konvokesyen ke-37 di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 6,742 individu bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama lima hari di Dewan Muadzam Shah bermula 10 hingga 14 November ini.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan berkata, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang juga Canselor UUM berke­nan mengurniakan ijazah pada sesi pertama majlis tersebut.

“Seramai 5,539 daripada jumlah itu merupakan graduan sarjana muda, manakala 1,126 lagi terdiri daripada graduan pasca siswazah Doktor Falsafah (Phd), Doktor Pengurusan, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan ijazah sarjana.

“Selebihnya 77 individu merupakan graduan diploma eksekutif. Seramai 6,330 individu yang terlibat merupakan graduan tempatan manakala 412 antarabangsa dari 24 negara antaranya Indonesia, China, Somalia, Arab Saudi dan Palestin,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Kata Mohd. Foad, majlis konvokesyen itu melibatkan sembilan sesi terdiri daripada 5,539 graduan sarjana muda dan 1,681 graduan ijazah kelas pertama.

Kali ini, Anugerah Pelajaran Diraja dikurniakan kepada mahasiswa Sarjana Muda Falsafah Undang-undang dan Perniagaan, Muhammad Shuib Rosli, 23, dan mahasiswi Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Emina Kulasic Bong Ei Min, 24.

Kedua-dua mereka akan menerima wang tunai RM7,500 dan sijil.

“Manakala penerima Pingat Emas Canselor pula dikurniakan kepada pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dengan kepujian, Nur Eina Athira Norazman, 23. Dia akan menerima wang tunai RM4,000 dan sijil,” katanya.

Tambahnya, majlis konvokesyen itu akan turut meraikan 30 graduan sulung bagi tiga program baharu iaitu Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Golf), Sarjana Sains (Penyelidikan Operasi dan Analitik) serta Doktor Pendidikan.

“Selain itu, UUM akan turut menganjurkan Pesta Konvokesyen bermula 8 hingga 16 November dengan tema ‘Alumni Gemilang’. Kami menyasarkan kehadiran 18,000 pengunjung dengan pelbagai program telah dirancang termasuk persembahan artis popular antaranya Faizal Tahir, Ismail Izzani, Aiman Tino, SonaOne dan Wany Hasrita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya