60 individu ditahan positif dadah di pusat hiburan

60 individu ditahan positif dadah di pusat hiburan

DATUK Seri Khaw Kok Chin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 60 individu yang mengunjungi sebuah pusat hiburan didapati positif dadah dan terlibat dalam penyalahgunaan bahan terbabit dalam serbuan di sekitar Jalan Sultan Ismail, di sini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, operasi pada 23 November lalu itu memeriksa 181 pengunjung dan kesemua mereka dibuat ujian saringan awal air kencing.

“Kesemua yang ditangkap melibatkan 56 warga tempatan dan empat warganegara asing yang berumur antara 20 dan 42 tahun.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Kok Chin, jumlah keseluruhan rampasan dadah adalah sebanyak 393.1 gram (g) jenis MDMA, ketamine (22.9g) dan ganja (0.8g) yang bernilai RM63,530.

“Sampel urin dan dadah telah dihantar ke Jabatan Patologi/Kimia untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati pusat hiburan tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya.

Tegasnya, polis tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana individu termasuk orang kenamaan yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Tindakan tanpa diskriminasi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat, tanpa mengira latar belakang keluarga mengikut undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya